Friday, December 5, 2008

Album Review: Liza Hanim - Imagin (2007)


Realiti imagin Liza

Sekian lama menanti, Liza Hanim kembali dengan album studio yang diberi judul Imagin. Dengan lapan buah lagu, dua daripadanya diberi versi berlainan, Imagin kaya dengan aroma pop. Disempurnakan bersama Audi Mok, Sharon Paul dan Hazami dengan Liza sendiri selaku penerbit eksekutif, Meleodi Lara boleh kategorikan album ini sebagai meletopsss sangat.... Memang berbaloi beli.

Kesegaran melodinya boleh terasa sementara Liza mempunyai vokal yang kelass sangat. I-maginasi-mu yang menjadi lagu pembukaan lagu ini nyata sebuah karya yang menyelerakan. Dihasilkan Audi Mok dan lirik oleh Ad Samad, ia mengasikkan kerana susunan muzik yang rancak dan cantik dalam elemen pop kontemporari.

Lara pula sesuai dengan judulnya. Sangat terlara bila dengar lagu ni... Sesuai la sangat dijadikan tema lagu blog MelodiLara. Sangat balada dan melankolik dalam semua segi termasuk liriknya. Dan ini bukan sesuatu yang asing dengan Liza keran dia memang terkenal sebagai penyanyi jalur melankolik yang baik.

MelodiLara sangat sukakan lagu Semilir yang terletak di trek ketujuh kerana susunan muzik dan melodiinya yang kedengaran dramatik terutamanya apabila ada campuran gesekan viola Yap Yen.

Bebas dalam versi alternate mix tampil llebih mencuit dengan suara latar yang agak comel. rama rancaknya juga meneambah kesegaran dalam lagu karya Audi Mok dan lirik oleh Ad Samad ini.

Tak lupa juga diselitkan lagu Merawat Luka yang menjadi lagu tema drama bersiri Natasha yang cukup popular. Sangat best lagu ini.

Untuk Kak Liza, dua tahun dengan jerih perih, album ini berbaloi dilahirkan. Tiada kecacatan, hanya perlu mencari masa masuk pasara dan diterima dalam keadaan penjualan album yang sangat tidak memberangsangkan. Sebenarnya album ni pun tak laku sangat. Tapi tak Kak Liza u done greate job!
























No comments: