Saturday, December 6, 2008

Inspirasi Deko: Langsir Pelengkap Dekorasi


Tingkap kalau tak ader langsir, mesti tak sah. Mesti wajib ader langsir. Kalau tingkap tu dibiarkan kosong, takderlah seri rumah tu... Tambahan pulak kalo nak dekat raya. Kalau yang mampu, wajib la tukar langsir. Inilah masanya nak tayang kat jiran-jiran, kengkawan, sedara mara ke'vouge'kan langsir rumah. Yang bestnyer, malam raya tu la sebok nak pasang langsir... katanya baru la ade feel raya... Dulu, zaman nenek-nenek, sume orang jahit sendiri langsir rumah. Sebab, dulu style langsir simple jer... cuma corak dan warna je yang lain. Tapi, zaman skarang ni... ya ampun.... mcm2 jenis langsir ader... Ader yang moden dan tradisonal, ader yang style barat... macam-macam la... kata orang tu, kalo ader duit tu beli aje.. Zaman skarang dah tak kosser nak jahit sendiri. Takder masa dek non.... Tapi ader gak yang rajin jahit sendiri... So, utk panduan uolls sume, MelodiLara ader skit panduan utk uolls sume mengenai langsir....

Langsir yang lengkap terbahagi kepada tiga bahagian.
  1. Kepala Langsir (adakalanya dijahit berasingan dengan badan, tetapi sering dijahit bersekali dengan badan langsir)
  2. Badan Langsir (Langsir Siang Dan Langsir Malam)
  3. Aksessori (trek, tussless, tieback)

1. Kepala Langsir

Jahitan kepala langsir mempunyai berbagai-bagai gaya, antaranya french pleat, pencil pleat, singapore pleat, globlets, slot-in, eyelets, tab curtains. Adakalanya pelmet digunakan untuk mengasingkan kepala langsir dengan badannya. Kini gaya kontemporari dan moden kembali di mana pengguna cenderung dengan jahitan yang ringkas dan kemas, jahitan secara french pleat dan eyelet adalah bentuk-bentuk ringkas yang sentiasa evergreen. Walaupun begitu, masih ramai yang meminati gaya-gaya mewah seperti palmet yang dibentuk mengikut citarasa atau globet yang berona-rona bulat yang sering menghiasi ruang-ruang bertemakan hiasan kedesaab inggeris atau tradisional.

2. Badan Langsir

Salah satu sebab utama penggunaan langsir utk mengelakkan pandangan luar dan memberi privasi kepada ruang dalaman. Ciri-ciri lain yang perlu dititij beratkan dalam pemilihan langsir adalah dari segi pengudaraan dan pencahyaan ruang. Oleh sebab itu, pemilihan badan langsir sangat penting bukan sahaja dari aspek hiasan juga dari sudut kesihatan.

Terdapat dua jenis badan langsir iaitu langsir siang dan langsir malam, Langsir malam dipilih daripada fabrik tebal, jacquard atau berwarna kegelapan. Kebiasaanya, pada waktu siang tirai langsir malam akan di singgap ke sisi tingkap, dan penggunaan langsir siang diperlukan agar cahaya boleh masuk tetapi yang penting ruang dapat mengekalkan privasinya. Langsir siang ini kebiasaanya terdiri daripada fabrik yang nipis dengan fungsinya polos cahay. Juga dikenali sebagai sheers. Jenis fabriknya adalah daripada kapas, silk dan polyster.

3. Aksesori

Kini Semakin banyak koleksi-koleksi aksesori diperkenalkan tetapi secara amnya ada 2 aksesori untuk memperkemaskan hiasab kepala langsir
  • trek untuk penggantungan langsir
  • tussless atau tieback untuk mengikat badan langsirbke sisi tingkap


Bidai

Sebelum ini, penggunaan bidai banyak diperkhususkan di tpejabat atau kedai-kedai. Kini, perubahan selera pengguna dalam mempelbagaikan konsep hiasan tingkao di ruang-ruang kediaman mereka membuka stu trend baru di mana penggunaan bidai semakin diketengahkan. Di tambah pula dengan teknik bidai yang ringkas dan kemas, di mana ia semakin digemari pada masa kini.amboo, vertical.

Bidai (atau blind dalam bahasa inggeris) mempunyai ciri pembukaan ke ataa, di mana ia bertentangan dengan langsir, ke tepi. Meskipun penggunaan bidaiboleh digunakan di mana-mana tingkap, ianya selalu digunakan di sudut-sudut tertentu terutamanya tingkap yang kecil, dapur atau bilik-bilik mandi. Walaupun begitu, berlatarbelakangkan konsep-konsep tertentu, penggunaan menyeluruh juga digunakan di bilik-bilik bacaan atau bilik tidur. Terdapat pelbagai jenis bidai seperti roman, timber venetian, bamboo, vertical.



Corak eyelet dua rona dipotong serong, dikemaskan lagi dengan pelmet dan sheer keemasan



Corak pelmet dua lapis potongan berlekok


Eyelet moden - kombinasi rona gelap dan cerah meredupkan suasana ruang tamu


Corak 'slot-in' menggunakan fabrik sheer dan di sebelah dalam badan langsir dijahit secara pleat


Pelmet berbunga dan badan langsir warna plain tampak gaya inggeris yang mudah


Kepala langsir berbentuk goblet, berbutang dan sheer berkerawang


Tab curtain dan pelmet berorganzakan biru menceriakan bilik tidur si manja bertemakan warna biru


Penggunaan bidai berbentuk romah di sebelah belakang dan fringe curtain bermanik dijahit secara 'slot-in'


Pelmet bertanggan nampak istimewa


Bidai roman menggunakan fabrik ala victorian





Langsir Halus (Fringe Curtains)

Walaupun baru diperkenalkan, penggunaan langsir halus ini semakin popular dan digemari ramai. Pebagai aksesori seperti manik-manik kecil atau batu-batu bersinar dilekatkan diatas fabrik halus dan memanjang untuk menambahkan keceriaanya. Kini melalui langsir halus, ia bukan hanya menjimatkan tetapi menarik dan menambah keceriaan gaya ruang. Warna yang pelbagai disediakan dan gaya jahitan di kepala langsir boleh sesuaikan dengan fabrik warna asas - membuatkannya mudah digandingkan dengan langsir lain dan bidai sedia ada di ruang tersebut.







Kombinasi Warna

Apabila langsir mengambil sebahagian besar permukaan dinding, ia secara tidak langsung menjadi titik tumpu penampilan gaya ruang di mana ia penting bagi mencetuskan seri dalaman.Olehitu, penataan warna dinding sedondon dengan warna langsir amata penting. Tetapi warna langsir tidak harus sama dengan warna dinding untuk mengelakkan daripada tenggelam. Apa pun, salah satu warna langsir atau dinding yang terlalu menonjol hingga merosakkan keharmonia ruang.


Konsep hitam dan putih tampak elegan dan kemas


Pemilihan langsir keemasan bersesuaian dengan warna perabot dan dinding


Penjagaan

Langsir antara elemen dalam rumah yang paling kerap ditatap. Oleh kerana permukaan yang luas dan fungsi utamanya sebagai pengadang angin dan cahaya, langsir juga cepat kotor dan berhabuk. Justeru itu, pembasuhan yang kerap diperlukan untuk menjamin tahap kesihatan seisi keluarga. Bagaimanapun, kaedah pembasuhan yang elok sangat penting seperti menggunakan produk pencuci yang tidak terlalu kuat atau air basuhan yang tidak terlalu panas juga, pengeringan yang tidak terlalu lama di bawah terik matahri. Meskipun begitu, jika anda memilih fabrik yang tidak berkualiti, walaupun dengan pembasuhan yang berhati-hati, kualiti fabrik tetap akan luntur. Pilihlah fabrik yang lebih bermutu supaya ia tahan lama, senang dibasuh, warnanya tidak luntur dan lasak. Fabrik-fabrik nipis seperti sheer contohnyer, jika tida berkualiti akan epat pudar.


Langsir dan Hiasan Dalaman

Bila dihalusi, penampilan langsir sememangnya menjadi salah satu faktor hiasan dalaman (Interior deceration) di mana, titik tolak ruang dekerotif itu akan dinilai melaluinya. dari kesempurnaan pemasangan trk yang stabil dan selaras, pemilihan reka bentuk dan warna yang tepat mengikut kombinasi kepala langsir, warna dinding dan perabot, alunan fabrik yang harmoni bila diikat ke sisi tingkat, ketinggian langsir yang selari di atas lantai membuatkan penyediaan langsir itu satu perkara yang rumit dan remeh.

Sebahagian besar fabrik masa kini mempunyai kelebaran 280cm. Ataupun, dalam 'bahasa langsir'nya fabrik yang mempunyai bidang yang besar. Ada juga fabrik berbidang kecil - 110cm atau 120 cm. 2elebihan fabrik berbidang besar ini adalah penjimatan dalam penjahitan langsir, dimana ketinggian langsir dapat dinaikkan dengan menggunakan semaksimum mungkin bidang besar itu. Sekarang ini, ketinggian langsir tidak lagi mempunyai ketinggian standard beberapa inci dari bingkai tingkap, tetapi ketinggian itu dinaikkan setinggi yang sewajarnya untuk menyerlahkan lagi keluasan ruang.









Langsir Batik

Langsir bercorak batik pun skarang dah ader orang pasang. Ingat batik boleh buat baju aje... Macam-macam style ader zaman skarang ni.. Untuk maklumat lanjut boleh la ke web www.hijab-batik.com. Jom la tengok langsir corak batik ni...








2 comments:

hamidawani sidek said...

info yg sgt menarik......nk share kat blog boleh??

Khairul Fauzi said...

Salam, tumpang iklan sis..Penebuk Langsir Eyelet!!!
Dengan mesin penebuk lubang eyelet,kerja anda MUDAH,CEPAT & KEMAS!!!!!
Dapatkannya sekarang...just punch sahaja,terus terbentuk bulatan yg kemas & cantik..xperlu gunting gunting..
Call/whatsapp 0199380263
(Serious buyer only). Sila rujuk fb "eyelet penebuk langsir"